Thursday, July 15, 2010

Project : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Lokasi : Gong Badak, Kuala Terengganu

Koordinat : 5°22′22″N 103°6′23″E / 5.37278°N 103.10639°E / 5.37278; 103.10639

Dibina : 2005

Dibuka : 2008

Pemilik : Kerajaan Negeri Terengganu

Kos pembinaan : RM 270 bilion

Kapasiti : 50,000

Arkitet : Senibahri Arkitet ( Dato Raja KamarulBahrin Shah )

Kontraktor Utama : Syarikat dari Korea


Pembinaan stadium ini telah menelan belanja RM 270 bilion. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. Stadium ini menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara sukan utama.

Perasmian gilang gemilang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2008. Stadium ini di anggap tercanggih di pantai timur. Pembinaan Kompleks Sukan Negeri ini dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan. Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM 292 juta.

Rujukan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Stadium_Sultan_Mizan_Zainal_Abidin

TUAN rumah Sukan Malaysia (Sukma) XII, Terengganu kini mengejar masa untuk menyiapkan beberapa kemudahan seperti pusat media, balapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin serta kebersihan di dalam dan luar Kompleks Sukan Gong Badak (KSGB).

Sehingga semalam, pekerja masih bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa kerja kecil termasuk Pusat Media di Stadium Sultan Mizan, yang masih belum beroperasi walaupun pertandingan bola sepak sudah bermula, semalam.

Begitu juga dengan balapan stadium utama bagi acara olahraga yang menyaksikan kerja-kerja membuat garisan baru dilakukan semalam, oleh pegawai teknikal Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dari British yang memberi jaminan semua garisan, warna-warna berlainan serta nombor-nombor akan siap sepenuhnya sebelum upacara pembukaan rasmi, Sabtu ini.

Pada masa sama, keadaan dalam stadium yang tidak begitu bersih serta berhabuk, memerlukan pertugas untuk bekerja lebih masa bagi memastikan semuanya dalam keadaan elok sebelum temasya bermula.

Malah, kawasan sekeliling KSGB perlu lebih diperindahkan dengan tanaman-tanaman, yang ketika ini tampak begitu kurang dan agak berhabuk.

Bagaimanapun, tuan rumah masih mempunyai tiga hari untuk memastikan semua kerja-kerja kecil itu dapat disiapkan sebelum temasya nasional berkenaan dibuka secara rasmi Sabtu ini.

Berita Harian ( 28 May 2008 )

Ulasan :

Daripada 3 elemen penting yang perlu di ambil kira untuk sesuatu projek iaitu masa, kos dan skop, projek ini telah dipendekkan masa pembinaan dan juga melibatkan kos yang mungkin telah dikurangkan. Disebabkan itu, beberapa ciri-ciri keselamatan telah diabaikan. Saya difahamkan bahawa stadium ini telah digunakan sebelum mendapat Sijil Siap Kerja oleh Jabatan Kerja Raya yang memantau kerja-kerja pembinaan. Ini menyebabkan, kualiti bahan binaan dan juga pembinaan telah dikurangkan. Saya juga telah diberitahu oleh penduduk setempat bahawa bumbung yang runtuh telah nampak tidak stabil semasa perasmian lagi.


Panduan lain : http://industribinaan.blogspot.com/2009/06/bangunan-runtuh-kelemahan-kejuruteraan.html

2 comments:

Unknown said...

Refer this:
http://trainingandcoaching.blogspot.com/search/label/PM-Case%20Study-Collapsed
http://trainingandcoaching.blogspot.com/search/label/PM-Case%20Study
http://trainingandcoaching.blogspot.com/2009/06/stadium-terengganu.html

Unknown said...

Refer this:
http://trainingandcoaching.blogspot.com/search/label/PM-Case%20Study-Collapsed
http://trainingandcoaching.blogspot.com/search/label/PM-Case%20Study
http://trainingandcoaching.blogspot.com/2009/06/stadium-terengganu.html

Post a Comment