Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan.. Tanggal 11 August 2010

Homework Test

Quiz 1

Question

1. Construct the network of diagram


2. Find the critical path from the diagram.

The critical path for the diagram is
= A(3) + BC(2) + DF(3) + G(1)
= 9 days

Friday, July 30, 2010

Project

Group Project:
Ahmad Afifi Othman
Azizulhafeez Rafiei
Nur Syazwani Muhamad
Fuziana Ariffin
Umi Hamimah Rasid

Project Title :
( Still in progress )

Tuesday, July 20, 2010

Project Management

Introduction of Project Management
Definitions: The applications of knowledge, tool and technique to project activities.
It could be human, sources and project.
Management is : i) How to Plan
ii) How to Leading
iii) How to Organize
iv) How to Control

There are 9 knowledge area in Project Management should be consider to ensure some projects to be success.

Stakeholder :
- is the person or organization that interested with the project, involved or influenced.
- could be project manager, project owner, customer and project team.

Differences between Project and Operation.

Project – is the unit, temporary, involved only owner, progressive elevation and also have start
and end date for certain project.
Operation – some work that repeat, long term work and anybody can make the operation.



TRIPLE CONSTRAIN

The 3 elements are the most important aspects to be considered manage projects. Example is, if the time is increasing, the cost will be increase and then quality maybe decreased. So the 3 elements are depends each others.

Sunday, July 18, 2010

Renovation Airport Sultan Mahmud, Terengganu


Nilai Projek : RM 341 juta
Pemilik Projek : Malaysia Airports
Keluasasan Projek : 25 000 meter persegi
Status : Siap di bina
Kontraktor : TRC Synergy Bhd unit Trans Resources Corporation Sdn Bhd

Lapangan Terbang Sultan Mahmud adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu, sebuah bandar raya di negeri Terengganu dalam Malaysia. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain.Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.

Pada11 Oktober 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Lapangan_Terbang_Sultan_Mahmud

Masjid Kristal Terengganu



Arkitek : Steve Anderson

Kos Projek : RM 249.3 juta untuk fasa pertama bersama dengan pusat konvensyen.

Pengurus Projek : Engku Azmi Abd. Rahman

Pemilik Projek : Taman Tamadun Islam, Terengganu

Tempoh Pembinaan
: 2006 - 2008

Status
: Siap di bina

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islan di Pulau Wan Man, Terengganu.

Perasmian

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Febuari 2008 jam 6.00 petang.

Pembinaan

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.


Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kristal

Thursday, July 15, 2010

Project : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


Lokasi : Gong Badak, Kuala Terengganu

Koordinat : 5°22′22″N 103°6′23″E / 5.37278°N 103.10639°E / 5.37278; 103.10639

Dibina : 2005

Dibuka : 2008

Pemilik : Kerajaan Negeri Terengganu

Kos pembinaan : RM 270 bilion

Kapasiti : 50,000

Arkitet : Senibahri Arkitet ( Dato Raja KamarulBahrin Shah )

Kontraktor Utama : Syarikat dari Korea


Pembinaan stadium ini telah menelan belanja RM 270 bilion. Ia telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008. Stadium ini menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara sukan utama.

Perasmian gilang gemilang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2008. Stadium ini di anggap tercanggih di pantai timur. Pembinaan Kompleks Sukan Negeri ini dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan. Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM 292 juta.

Rujukan :http://ms.wikipedia.org/wiki/Stadium_Sultan_Mizan_Zainal_Abidin

TUAN rumah Sukan Malaysia (Sukma) XII, Terengganu kini mengejar masa untuk menyiapkan beberapa kemudahan seperti pusat media, balapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin serta kebersihan di dalam dan luar Kompleks Sukan Gong Badak (KSGB).

Sehingga semalam, pekerja masih bertungkus lumus untuk menyiapkan beberapa kerja kecil termasuk Pusat Media di Stadium Sultan Mizan, yang masih belum beroperasi walaupun pertandingan bola sepak sudah bermula, semalam.

Begitu juga dengan balapan stadium utama bagi acara olahraga yang menyaksikan kerja-kerja membuat garisan baru dilakukan semalam, oleh pegawai teknikal Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dari British yang memberi jaminan semua garisan, warna-warna berlainan serta nombor-nombor akan siap sepenuhnya sebelum upacara pembukaan rasmi, Sabtu ini.

Pada masa sama, keadaan dalam stadium yang tidak begitu bersih serta berhabuk, memerlukan pertugas untuk bekerja lebih masa bagi memastikan semuanya dalam keadaan elok sebelum temasya bermula.

Malah, kawasan sekeliling KSGB perlu lebih diperindahkan dengan tanaman-tanaman, yang ketika ini tampak begitu kurang dan agak berhabuk.

Bagaimanapun, tuan rumah masih mempunyai tiga hari untuk memastikan semua kerja-kerja kecil itu dapat disiapkan sebelum temasya nasional berkenaan dibuka secara rasmi Sabtu ini.

Berita Harian ( 28 May 2008 )

Ulasan :

Daripada 3 elemen penting yang perlu di ambil kira untuk sesuatu projek iaitu masa, kos dan skop, projek ini telah dipendekkan masa pembinaan dan juga melibatkan kos yang mungkin telah dikurangkan. Disebabkan itu, beberapa ciri-ciri keselamatan telah diabaikan. Saya difahamkan bahawa stadium ini telah digunakan sebelum mendapat Sijil Siap Kerja oleh Jabatan Kerja Raya yang memantau kerja-kerja pembinaan. Ini menyebabkan, kualiti bahan binaan dan juga pembinaan telah dikurangkan. Saya juga telah diberitahu oleh penduduk setempat bahawa bumbung yang runtuh telah nampak tidak stabil semasa perasmian lagi.


Panduan lain : http://industribinaan.blogspot.com/2009/06/bangunan-runtuh-kelemahan-kejuruteraan.html