Saturday, January 4, 2014

Hadinya Adrianna Nur Qaleesya

Assalamualaikum rakan2 media sosial sekali,

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya sy ingin meng'update' balik blog sy daripada terbiar untuk tatapan kawan2...

Pada tanggal 29 Julai 2013 bersamaan hari Isnin pada jam 4.38 p.m. aku telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Adrianna Nur Qaleesya. Seorang puteri yang akan menceriakn sepanjang hidupku bersama-sama Nur Syazwani or panggilan nye Wani... Terima kasih yang x terhingga pd isteri ku kerana telah berkorban separuh nyawa demi zuriatku walaupun melalui operation. Alhamdulillah puteri ku yang manis sihat walafiat sehingga sekarang dan diberikan sepenuh kasih sayang oleh kami...

Kehadiran Qaleesya memberi seribu makna dan perubahan pada hidup yang sebelum ini terumbang ambing... Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah kerana anugerah yang xternilai utk dijage.. Akan ku jadikan Hamba mu ini sebagai insan yang solehah dan bertawakal kepadaMu didunia dan juga di akhirat kelak..

Setelah keluar dari perut ibunya... aku azankan ditelinganya bahawa dia adalah umat Nabi Muhammad S.A.W

Kehadiran Neneknya memberi sokongan dan kasih sayang kepada aku dan juga isteri

Kehadiran ibuku dari Terengganu untuk melihat sendiri cucu pertama nya sungguh memberikan aku titisan air mata kegembiraan

Di hari Raya Pertama Qaleesya menyerikan kami sekeluarga di Melaka yang turut dirasai ahli keluarga di Terengganu