Sunday, July 18, 2010

Masjid Kristal Terengganu



Arkitek : Steve Anderson

Kos Projek : RM 249.3 juta untuk fasa pertama bersama dengan pusat konvensyen.

Pengurus Projek : Engku Azmi Abd. Rahman

Pemilik Projek : Taman Tamadun Islam, Terengganu

Tempoh Pembinaan
: 2006 - 2008

Status
: Siap di bina

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islan di Pulau Wan Man, Terengganu.

Perasmian

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Febuari 2008 jam 6.00 petang.

Pembinaan

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.


Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kristal

0 comments:

Post a Comment